Thursday, 19 December 2013

Menambah nilai kepada orang lain

Hurmm lama bebenar Hunny tak tulis kat blog ni.Bz la katakan.ehem hari ni nak cerita tentang menambah nilai kepada diri orang lain.Tahu ke tak tahu ni?haha..dulu pun hunny tak tahu bagaimana untuk menambah nilai pada orang lain.Rupa2nya mudah ja.Membantu mereka mencari solusi atau perkhidmatan.
Ok bulan Ogos yang lepas Hunny ada terlibat dengan program anjuran KEDA di Langkawi.Mula-mula kawan ajak jadi fasi,sampai kat sana tukar chanel lak.jadi urusetia memandangkan staf beliau tak dapat hadir.Redah aje la.Bukan tak biasa buat kerja urusetia.Dulu pun pernah jadi MPP kat kolej.Dah tau sangat kerja-kerja urusetia.Meantime dalam Askar Wataniah pun dah dilatih untuk buat kerja-kerja ni.Balun sajalah
Melalui program ini,belia dan beliawati di"tune" untuk menjadi belia yang berdaya saing.Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam membentuk sahsiah mereka.Alhamdulillah Belia dan beliawati Keda mula membuka mata dan dapat melihat apa potensi serta bakat yang dimiliki dalam diri.
Untuk golongan yang sudah berkeluarga,aktiviti mengeratkan kasih sayang telah diadakan.Aktiviti ini sangat bermakna bagi pasangan yang telah lama berkahwin.Rupa-rupanya ramai pasangan yang masih belum mengenali pasangan sendiri walaupun telah lama berkahwin.Melalui aktiviti dan slot-slot yang telah disediakan,hubungan kekeluargaan diharap dapat dieratkan.Adakalanya kita tidak sedar kita masih belum memberi yang terbaik untuk keluarga.
Ok la walaupun jadi urus setia Hunny tetap enjoy ada kat Langkawi ni.Banyak juga pengalaman yang Hunny sepanjang berada kat Langkawi ni.Tahu tak seekor gamat ada dua jantina?haha..Hunny pun baru tahu.

No comments:

Post a Comment