Tuesday, 24 December 2013

Aku dan askar

aku leh lagi tersengih dalam baris
dalam ramai2 pranita Hunny la perempuan melayu terakhir
khusyuk je dengar taklimat
perempuan melayu terakhir tengah mamam










ni cerita masa tahun 2010.tak silap hunny dalam bulan mei.setelah gagal menghadiri kursus asas prajurit muda kat rej 504 aw makanya Hunny teruskan di Rej 509 Aw.Sebabnya 2009 x abes blaja lagi kat kolej.so abeskan dulu study pastu baru rekrut.Haha
Wokey...sebelum tu nak kasi tahu rahsia besar Hunny la...hikhik..sebenarnya Hunny takut pacat.Tapi xtaw la pas rekrut pacat naik je kat kaki dah tak takut.Heran bila masa lak pacat naik kat kaki.Memang tak sedar!
g mana pun aku tetap tersengih.kena marah pun masih tersengih


Masa rekrut paling best masa kena rendam ramai-ramai.Syok woo kena rendam air parit kat ladang getah.Kena lak masa tu tengahhari.Dah la panas.tapi kalau malam hujan lebat mmg menggigil la.Pernah kena sentri 0300h hujan lak lebat apa lagi menggigil la aku.Jurulatih sampai perli Hunny
ni masa final exam.korang igat blajar kat IPT je ada exam?exam askar lagi mencabar.cer tengok muka hunny dah macam dayang senandung sikit











Thursday, 19 December 2013

Menambah nilai kepada orang lain

Hurmm lama bebenar Hunny tak tulis kat blog ni.Bz la katakan.ehem hari ni nak cerita tentang menambah nilai kepada diri orang lain.Tahu ke tak tahu ni?haha..dulu pun hunny tak tahu bagaimana untuk menambah nilai pada orang lain.Rupa2nya mudah ja.Membantu mereka mencari solusi atau perkhidmatan.
Ok bulan Ogos yang lepas Hunny ada terlibat dengan program anjuran KEDA di Langkawi.Mula-mula kawan ajak jadi fasi,sampai kat sana tukar chanel lak.jadi urusetia memandangkan staf beliau tak dapat hadir.Redah aje la.Bukan tak biasa buat kerja urusetia.Dulu pun pernah jadi MPP kat kolej.Dah tau sangat kerja-kerja urusetia.Meantime dalam Askar Wataniah pun dah dilatih untuk buat kerja-kerja ni.Balun sajalah
Melalui program ini,belia dan beliawati di"tune" untuk menjadi belia yang berdaya saing.Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam membentuk sahsiah mereka.Alhamdulillah Belia dan beliawati Keda mula membuka mata dan dapat melihat apa potensi serta bakat yang dimiliki dalam diri.
Untuk golongan yang sudah berkeluarga,aktiviti mengeratkan kasih sayang telah diadakan.Aktiviti ini sangat bermakna bagi pasangan yang telah lama berkahwin.Rupa-rupanya ramai pasangan yang masih belum mengenali pasangan sendiri walaupun telah lama berkahwin.Melalui aktiviti dan slot-slot yang telah disediakan,hubungan kekeluargaan diharap dapat dieratkan.Adakalanya kita tidak sedar kita masih belum memberi yang terbaik untuk keluarga.
Ok la walaupun jadi urus setia Hunny tetap enjoy ada kat Langkawi ni.Banyak juga pengalaman yang Hunny sepanjang berada kat Langkawi ni.Tahu tak seekor gamat ada dua jantina?haha..Hunny pun baru tahu.